Suruhlah anak-anak mu bersembahyang
Sedari umurnyatujuh tahun
Bimbing mereka lakukan kebaikkan
Hidup dan mati kerana TUHAN
Sembahyang itu tiang agama
Ia mesti dilaksana
Kerana ia Rukun Islam
Tidak boleh diabaikan
Fardhu sembahyang 5 waktu
Tidak boleh ditunda
Siang dan malam
Sudahlah tentu dimana saja kita berada
Anak-anak itu amanah ALLAH
Didik mereka dengan kasih sayang
Setiap amanah akan ditanya
Bagaimanakah kita menguruskannya
Mereka umpama kain putih
Jangan tersalah mewarnanya
Ingat kembali madah terpilih
Lenturlah buluh dari rebungnya
Awal agama mengenai ALLAH
TUHAN yang maha pencipta
Dialah TUHAN yang wajib disembah
Diala TUHAN tempat meminta
by-HUDA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan